PENDAFTARAN

TERMA DAN SYARAT

IBUBAPA/PENJAGA
1. Menjadi tanggungjawab ibubapa/penjaga membayar yuran bulanan tuisyen setiap bulan.
2. Ibubapa/penjaga perlu membayar yuran pada awal bulan setiap bulan pembelajaran.
3. Ibubapa perlu memastikan anak-anak datang datang ke kelas pada tepat waktunya.

PELAJAR
1. Pelajar perlu datang ke kelas seperti yang dijadualkan.
2. Tiada kelas ganti atas kegagalan pelajar menghadiri kelas seperti yang dijadualkan,
3. Pelajar dikehendaki memakai pakaian yang sesuai dan menutup aurat ketika  menghadiri kelas tuisyen di masjid.
4. Pelajar dikehendaki menjaga adab-adab belajar ketika berada didalam kelas.

YURAN.
1. Kaedah pembayaran adalah secara “BAYAR DAHULU&BELAJAR”
2. “BAYAR DAHULU&BELAJAR”bermaksud ibubapa/penjaga perlu menjelaskan pembayaran yuran pada awal bulan sebelum kelas pembelajaran pada bulan tersebut.
3. Yuran perlu dijelaskan sebelum 10hb setiap bulan.
4. Kegagalan membayar yuran menyebabkan kelas tuisyen kepada anak anda akan ditamatkan.
5. Yuran bulanan perlu dijelaskan di pejabat masjid.

KELAS TUISYEN.
1. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas kegagalan pelajar untuk menghadiri kelas yang dijadualkan dan tiada kelas ganti akan diadakan.
2. Sekira masalah berpunca daripada guru, maka kelas ganti perlu diadakan.
3. Pihak kami berhak menukarkan jadual kelas dengan persetujuan ibubapa/penjaga dan pelajar.
4. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas keselamatan pelajar semasa pergi dan pulang.
5. Pihak kami berhak menegur pelajar sebarang salahlaku pelajar sepanjang kelas pembelajaran.

CARA- CARA MENDAFTAR

PILIHAN PERTAMA
1. Ibu bapa boleh mengambil borang di pejabat masjid atau boleh muat di disini.
2. Borang yang telah diisi mesti di hantar di pejabat masjid berserta bayaran pendaftaran dan bulanan.
3. pendaftaran disahkan apabila ibu bapa membayar yuran pendaftaran RM 50 sekeluarga


PILHAN KEDUA
1. Ibu bapa boleh mengisi borang secara online pada website kami
2. Selepas mengisi borang ibu bapa perlu membuat bayaran pendaftaran secara online atau pindahan duit ke akaun kami CIMB 8600616126 (SMART GENIUS)
3. bukti pembayaran perlu di whatsapp ke nombor 0132260586 atau email kelastuisyensmartgenius@gmail.com
4. Pendaftaran disahkan apabila ibu bapa membayar yuran pendaftaran RM 50 sekeluarga

No comments:

Post a Comment